ANEKA KUDAPAN, MAKANAN SUNNAH DAN MAKANAN KELANTAN

Tuesday 22 December 2015

Antara keperluan untuk ibu hamil.





1. Asid folik
Setelah berjaya hamil, anda perlu terus mengambil asid folik sehingga usia kandungan mencecah 12 minggu.
Hal ini kerana sepanjang tempoh ini, tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukannya.
Selain daripada itu, asid folik membantu membina DNA bayi.
2. Kalsium
Kalsium yang digabungkan bersama vitamin D dan magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi.
Makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah seperti yogurt, keju dan ikan salmon. Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh anda menyerap kalsium.
Sumber ini boleh anda dapatkan daripada ikan berminyak, hati, minyak ikan kod dan produk tenusu.
Antara lain, kebanyakan makanan seperti marjerin dan bijirin sarapan pagi diperkaya dengan vitamin D. Cara paling senang ialah dengan mendedahkan tubuh kepada cahaya matahari pagi.
3. Zat besi
Kira-kira 10 – 15% wanita hamil biasa mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh.
Oleh itu ibu perlu prihatin tentang soal pemakanan seharian. Ibu memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan bayi yang dikandungi juga. Sama juga halnya dengan uri anda. Ia juga memerlukan zat besi yang mencukupi.
Untuk itu, dapatkan suplemen zat besi seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Ibu juga boleh menambah darah dengan mengambil makanan seperti daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, kerang, hati, jambu batu, buah-buahan kering dan kekacang.
4. Iodin
Kekurangan iodin adalah penyebab utama yang boleh masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Untuk ibunya pula, masalah kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati dan beberapa komplikasi yang lain.
Bagi memastikan diri mendapat sumber iodin mencukupi, anda perlu mengambil beberapa jenis makanan seperti susu lembu, rumpai laut, yogurt rendah lemak dan telur.

5. Zink
Sama seperti zink yang penting untuk kesuburan dan pembiakan orang dewasa, ia turut penting untuk pembentukan DNA bayi dalam kandungan. Jadi, terus amalkan pemakanan yang kaya dengan kandungan zink.
Namun, elakkan pengambilan tiram terutamanya yang masih mentah kerana dikhuatiri ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit ketika hamil memandangkan sistem imunisasi yang makin menurun ketika ini jika tahap kesihatan tidak dipantau sebaik-baiknya.
6. Vitamin C
Vitamin C memang penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. Jadi, ketika hamil, pengambilan vitamin C mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. Anda memerlukannya untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk bayi juga.
7. Omega 3
Asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandungi. Malah asid lemak ini mengandungi DHA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi.
Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber baik yang mengandungi banyak asid lemak omega 3.


Amalkan makanan sunnah asli. Selamat, asli dan berkhasiat.
Cuka kurma membantu menambah nutrisi bagi wanita hamil serta mengelakkan sembelit.


Sunday 2 August 2015

Menyejukkan Demam Dengan Air


SUMBER: 101 HADIS PENGUBARAN RASULULLAH. Sahih Imam Al Bukhari.
GAMBAR: naimahnorman.blogspot.com

Diriwayatkan daripada Fathimah binti All munzir menceritakan: Asma binti Abu Bakar apabila dibawa berjumpanya wanita yang demam, ia meminta dibawakan air, lalu ia menuang air melalui belahan leher baju wanita tersebut. Ia berkata, Rasulullah SAW menyuruh kami agar menyejukkan demam dengan air"

(Riwayat Al Bukhari, Kitab Ath-Thib:no. 5724)

Dalam hadis ini, tidak dinyatakan cara penyejukkan itu samaada dengan memandikan seluruh badan atau menyapu atau hanya menjaram kepala atau sebagainya.

Kaedah penyejukkan menggunakan air ini adalah sunnah. Para ulamak bersepakat menyatakan demam ini perumpamaannya seperti bahang api neraka.

Ia sebagai peringatan untuk umat islam mengingati panasnya api neraka malah ia berganda lebih panas lagi. Demam ini hanya bahangnya sahaja. Bahangnya pun sudah terasa panas apatah lagi apinya.

Demam adalah sesuatu panas, maka rawatlah dengan sesuatu yang sejuk. Ia dapat meneutralkan kepanasan itu serta mengawal suhu kepanasan daripada terus naik.


Monday 24 November 2014

Makanan Sunnah Makanan Rasulullah

Inilah rahsia mengapa Rasulullah jarang sakit ketika sepanjang hayat baginda. 

 Sumber gambar : www.google.com

Madu

Kurma 

Minyak Zaitun


Delima



Kismis

Habbatussauda


Kekacang yang baik untuk kesihatan

Pistachio


Badam

KHASIAT UNTUK SEISI KELUARGA, UNTUK KECERDASAN MINDA ANAK-ANAK SERTA MEMBINA DAYA INGATAN YANG KUAT.

~ KURMA berfungsi sebagai makanan penambah tenaga yang kaya dengan zat besi. Zat yang terkandung dalam kurma mampu mengekalkan paras homoglobin atau tahap kepekatan darah dalam tubuh badan manusia. Ia berfungsi mencegah seseorang daripada kekurangan sel darah merah. 

~ KISMIS adalah makanan yang digalakkan bagi membina daya ingatan yang kuat,hafalan serta untuk memiliki tahap konsentrasi yang tinggi. 

~ PISTACHIO, mengandungi khasiat yang tinggi. Ia kaya dengan zat besi, folat, kalium, asid pantotenat dan zink. Kacang ini membekalkan keperluan serat, Vitamin B6, magnesium dan fosforus. Pengambilan PISTACHIO mampu menurunkan kadar kolesterol jahat, meningkatkan kadar kolesterol baik,melindungi urus dan menguatkan hati dan ginjal. Kacang ini dipercayai sangat berkesan untuk meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.

~ BADAM sangat baik untuk pembesaran kanak-kanak kerana ia adalah sumber nutrien yang membantu perkembangan minda. Selain baik untuk pembesaran, kanak-kanak juga digalakkan mengambil BADAM agar membina tukang dan gigi.

KHASIAT MAKANAN SUNNAH KEPADA IBU HAMIL DAN BERPANTANG

~ DELIMA berfungsi untuk mengembalikan kestabilan paras homoglobin dalam darah, membuang rasa loya dan menghilangkan pening. 

~ MADU berfungsi untuk memanaskan badan serta melancarkan pembuangan najis. Ibu yang mengandung dan berpantang sering mengalami masalah sembelit, jadi dengan adanya madu akan membantu melancarkan sistem penghadaman

~ Habbatussauda sebagai "milk booster" yang akan meransang pengeluaran susu badan yang banyak. Habbatussauda juga membantu untuk merawat luka-luka dalam rahim serta membantu memanaskan badan dan membuang angin dalam badan.

~ Air Zam-Zam sebagi minuman penambah tenaga dan memberi ketenangan kepada ibu.


MINYAK ZAITUN MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN DAN 

KECANTIKAN DARI DALAM.
  • Membantu melangsingkan tubuh.
Hasil kajian yang dimuat di The British Journal of Nutrition menyatakan, penggunaan minyak zaitun untuk menggantikan minyak masak selama empat minggu, tanpa mengubah pola makan, mampu mengurangi berat badan hingga 2-3 kg. Kajian lain menyatakan, minyak zaitun dapat memecah sel adiposit penyebab obesiti. 
  • Menjaga kesehatan kulit
Selain sebagai antikanker, minyak zaitun juga mengandung banyak vitamin E yang sangat berguna untuk menjaga elastisitas kulit. Dengan mengamalkan minyak zaitun, secara tidak langsung kulit akan terasa lebih kencang, halus, dan sehat.
  • Merawat Kulit
Di samping itu, minyak zaitun juga berguna untuk melembapkan kulit kering dan sesuai digunakan sebagai masker. Manfaat lain iaitu dapat melindungi kulit dari kesan buruk sinar matahari. 

ZAFARAN SEBAGAI MAKANAN KESIHATAN


1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil

2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema

3. Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang

4. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)

5. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh

6. Bengkak hati atau hipatitis A dan B

7. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut

8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut

9. Menambahkan tenaga zahir dan batin

10. Masalah mati pucuk, sembelit

11.Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak

12.Awet muda dengan kulit cerah dan bersih

13.Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing

14.Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika       tumbuh gigi

15.Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu

16.Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan

17.Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah.

MAKANAN YANG MAMPU MENURUNKAN KOLESTROL

~ Madu untuk membersihkan usus.

Cuka Kurma sangat bagus untuk membuang toksin dan merendahkan kolesterol badan. Juga sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.


~ Minyak Zaitun membantu melangsingkan tubuh.
Hasil kajian yang dimuat di The British Journal of Nutrition menyatakan, penggunaan minyak zaitun untuk menggantikan minyak masak selama empat minggu, tanpa mengubah pola makan, mampu mengurangi berat badan hingga 2-3 kg. Kajian lain menyatakan, minyak zaitun dapat memecah sel adiposit penyebab obesiti.