SUMBER: 101 HADIS PENGUBARAN RASULULLAH. Sahih Imam Al Bukhari.
GAMBAR: naimahnorman.blogspot.com
Diriwayatkan daripada Fathimah binti All munzir menceritakan: Asma binti Abu Bakar apabila dibawa berjumpanya wanita yang demam, ia meminta dibawakan air, lalu ia menuang air melalui belahan leher baju wanita tersebut. Ia berkata, Rasulullah SAW menyuruh kami agar menyejukkan demam dengan air"
(Riwayat Al Bukhari, Kitab Ath-Thib:no. 5724)
Dalam hadis ini, tidak dinyatakan cara penyejukkan itu samaada dengan memandikan seluruh badan atau menyapu atau hanya menjaram kepala atau sebagainya.
Kaedah penyejukkan menggunakan air ini adalah sunnah. Para ulamak bersepakat menyatakan demam ini perumpamaannya seperti bahang api neraka.
Ia sebagai peringatan untuk umat islam mengingati panasnya api neraka malah ia berganda lebih panas lagi. Demam ini hanya bahangnya sahaja. Bahangnya pun sudah terasa panas apatah lagi apinya.
Demam adalah sesuatu panas, maka rawatlah dengan sesuatu yang sejuk. Ia dapat meneutralkan kepanasan itu serta mengawal suhu kepanasan daripada terus naik.
